Bernama
17/6/2013
17/6/2013
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Usaha untuk memastikan negara
memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi sebanyak 50 peratus menjelang
tahun 2020 bukan hanya terletak di bahu Kementerian Sumber Manusia
semata-mata, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Presidennya Mohd Khalid Atan berkata tanggungjawab tersebut sebaliknya perlu ditangani dengan usaha semua pihak termasuk pihak swasta.
"Dengan berbaki hanya tujuh tahun untuk menjadi negara maju, dengan statistik 28 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi, kita nyata masih jauh ketinggalan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.
Sambil menyokong langkah Kementerian Pendidikan yang berusaha menyediakan lebih banyak peluang kemahiran, Mohd Khalid berpandangan saluran tersebut dilihat tidak memadai.
"Pelbagai usaha dilakukan dua kementerian ini untuk meningkatkan bilangan graduan yang mempunyai kemahiran bagi memenuhi pasaran industri negara, namun pihak-pihak lain terutama institusi swasta tidak boleh berpeluk tubuh dengan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
"Sebaliknya mereka perlu berganding bahu, bekerja secara 'full force' dengan kerajaan bagi bersama-sama mencapai sasaran tersebut," katanya.
Katanya, walaupun institusi pendidikan swasta bertambah bilangannya, namun ada antaranya yang lebih cenderung menyediakan kursus bersifat komersil.
Pendapat beliau disokong Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang berpendapat telah tiba masanya institusi pendidikan semua peringkat termasuk milik kerajaan mengkaji semula sukatan pelajaran kemahiran mereka.
Mohd Khalid dan Omar juga mencadangkan agar pihak kerajaan menstruktur semula gaji tenaga kerja berkemahiran agar bidang ini dilihat sama taraf dengan bidang kerjaya profesionalisme yang lain.
Menurut mereka, masalah tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak mahu pulang ke tanah air masih menjadi masalah dan menimbulkan persepsi bahawa kerjaya kemahiran sesetengah bidang tidak gah dan berpendapatan tidak sepadan di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutalib dilaporkan berkata hanya 28 peratus daripada sejumlah 12 juta tenaga kerja di Malaysia setakat ini merupakan golongan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
-- BERNAMA